Anugerah Pelajaran DiRaja Majlis_Raja-Raja

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-145 (Hari Yang Kedua) pada 6 November 1988, telah bersetuju mewujudkan satu Anugerah Pelajaran DiRaja yang dikenali sebagai Pingat Jaya Cemerlang. Tujuan anugerah ini ialah untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan memenuhi kriteria berikut:-

  • Keputusan peperiksaan keseluruhan;
  • Aktiviti kokurikulum;
  • Hadiah lain yang telah diperolehi;
  • Perakuan dan laporan dari Dekan Fakulti yang berkenaan;
  • Berkelakuan baik

Pingat Jaya Cemerlang ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 untuk tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu dua orang graduan bagi tiap-tiap IPTA terdiri seorang Bumiputera dan seorang bukan Bumiputera Penerima anugerah adalah layak menerima:-

  • Sebuah pingat emas bernilai RM1,000;
  • Wang tunai RM1,000; dan
  • Sijil

Kadar bayaran wang tunai telah dinaikkan kepada RM2,500 seorang mulai tahun 1995 dan RM5,000 seorang mulai tahun 2009.

Pada tahun 2016, Tham Kuen Wei and Sofea Ghani dari Universiti Malaya menerima anugerah tersebut daripada Sultan Negeri Perak[2][3], Sultan Nazrin Shah yang juga merupakan Canselor Universiti terulung Malaysia tersebut. Sehingga kini, hanya terdapat kurang daripada 600 penerima anugerah tersebut, di mana bilangannya lebih rendah daripada gelaran Tan Sri , yang mempunyai 886 penerima pada tahun 2015.